2016 - Terkini Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Pada hujung tahun 2015, InQKA menerima kepimpinan yang baharu bersama Penolong Naib Canselor InQKA, Profesor Dr Roziah Mohd Janor. Di bawah pengurusan pentadbiran yang baharu, InQKA turut diteraju bersama 3 orang pengarah iaitu Pengarah Web Media (WM), Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) dan Pengarah SistemĀ  Kualiti dan KEcemerlangan Operasi (SKKO). Legasi jaminan kualiti diteruskan di mana InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijila ISO 9001:2008 di peringkat korporat oleh badan persijilan LRQA; menyelaras urusan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti.

InQKA memberi fokus kepada beberapa projek Key Performance Indicators (KPI) universiti yang bertujuan untuk:

  1. menambahbaik proses di peringkat operasi bagi seluruh sistem UiTM melalui projek Operational Excellence (OE)
  2. meningkatkan reputasi UiTM menerusi initiatif penarafan universiti (QS dan THE)
  3. initiatif ketampakan UiTM di pentas digitalisasi menerusi pemantapan Web Media UiTM